Foto Terkini

16 May 2008

KASIH SAYANG

Kenapa mesti ada sayang? Kata Mahatma Ghandi, "di mana ada kasih sayang, di situ ada kehidupan." Begitu jugalah dalam keluarga. Kasih sayang adalah elemen penting ke arah mewujudkan keluarga bahagia. Tanpa kasih sayang bermakna tiada kehidupan.

Kadang-kadang, kita terlalu busy sampai lupa utk spend time utk diri sdri. Kadang-kadang, bila terlalu busy, kita juga akan stress. Bila stress, ramai org boleh lupa tentang nilai kasih sayang. Sebab itu ada yg tak sabar dlm melayan karenah anak, akhirnya memukul, memarahi dan bertindak kasar terhadap anak. Busy itu tidak salah, tetapi dlm kehidupan ni kita mestilah ada kasih sayang tak kira dlm ape jua kesibukan dan tekanan yg kita hadapi. Sejak akhir2 ni ramai yg stress dan rasa kasih sayang sesama manusia juga hilang. Ramai org gelisah dan tertekan, menyebabkn pergaulan sosial antara insan merosot.

Camne nk melahirkn rasa kasih sayang dlm keadaan stress? Malah, rata2 manusia yg stress selalu wujud entiti negatif dlm diri. Secara tidak langsung, entiti ni berkembang dan mencari tempt utk diluahkn? anyway, apepun keadaan kita, jangan jadikan anak sbg mangsa.. jgn jadikan org sekeliling sbg medium utk menanggung derita kt.

Bagi yg sudah berkeluarga, jgn jadikan isteri sebagai tempat untuk melepaskan tension. Tp, wujudkn rasa kasih sayang bersama. Bawa family jalan2, makan2, mengikuti majlis-majlis ilmu, dan bermain bersama anak2.. dgn cara ini, kt bkn sahaja dpt hilangkan stress.. tp dpt menanam rasa kasih sayang dlm bkeluarga. Bg yg blm kawin, keluar bersama kawan2.. atau bawa adik2 ke taman rekreasi, atau berkelah juga bagus. Dgn kasih sayang yg wujud, akan menjadikan aura kita positif. Orang lain yg ada rasa kasih sayang terhadap kita juga akan melemparkn perasaan positifnya dan kita akan turut rasa neutral apabila aura negatif tekanan kita bertemu aura positif org lain. Jgn biarkn diri kt kemurungan. Bebaskan perasaan itu dan hiduplah dgn bahagia..

0 comments: